SIBU: Pemangku Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor telah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Masjid An-Nur malam kelmarin.
Turut mengiringnya Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid bermula jam 5.30 petang telah dimulakan dengan azan dan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan surah yasin dan tahlil, zikir marhaban, azan, solat fardhu isyak berjemaah dan jamuan.
Program lain turut diadakan sempena perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul tahun ini ialah ceramah agama, seminar perundangan Islam dan pertandingan memanah tradisional.
Turut diadakan ialah gotong-royong membersihkan kubur, pertandingan zikir dan zan, kem remaja dan belia Islam, majlis ilmu pendidikan awal kanak-kanak, kaunter zakat dan program derma darah.

Blogger Comment