Jika Melaka popular dengan Gula Melaka maka Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah.
Bezanya, gula Melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasil menggunakan nira pokok nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.
Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia.
Di Sarawak, daun nipah juga dimanfaat secara tradisional sebagai atap, dinding, tikar kajang, topi dan aneka keranjang anyaman. Satu masa dulu di Indonesia, pucuk daun nipah muda dijadikan daun rokok dan amalan itu turut diikuti masyarakat di Sarawak.
Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan.
Selain itu, gula berkenaan dipercayai mempunyai kelebihan untuk mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad menyediakan Gula Apong untuk ditempah. |
Blogger Comment