Dari Kiri : Jacky Juing Jonathan , Dr. Megat (Pakar Internet Marketing) , Kushairy Bujang |
KUALA LUMPUR - Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad (KUBSB) telah menganjurkan Kursus Internet Marketing dan telah menghantar serta memberikan latihan beberapa ahli Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad (KUBSB) yang bertempat di sebuah Dewan Hotel di Kuala Lumpur pada 31 Januari 2016 .
Pakar Internet Marketing iaitu saudara Dr. Megat telah dijemput untuk memberikan pengkhususan dan latihan serta beberapa teknik pelan pemasaran melalui "Internet" .
Perbincangan Berkumpulan: Para perserta khusyuk mendengar penerangan daripada Pakar Internet Marketing "Dr.Megat". |
Dalam Kursus yang dijalankan, beberapa elemen penting telah diterapkan kepada para usahawan mahupun para bakal usahawan untuk "mengerakkan" pemasaran di dalam arus "internet" .
Ini kerana ianya satu bentuk "strategi" yang kini menjadi trend ataupun fenomena bagi para usahawan untuk memulakan pemasaran dalam bentuk internet.
Turut diterangkan adalah corak atau langkah untuk "mengawal" platform sosial media sebenar, seperti S-Devotion , S-Currency , S-Learning bergitu juga pentingnya penerapan 'keyword search engine" atau SEO dalam platform Portal sebagai satu "showcase" bagi sesuatu produk mahupun perkhidmatan.
Blogger Comment