Program Sejiwa Senada seterusnya pada 18/3 - 20/3/2016 telah berlangsung di Mukah, Sarawak dan kali ini pasti lebih meriah lagi kerana lokasi adalah di daerah Mukah yang cukup dikenali dan menjadi terikkan para pengunjung tempatan kerana keindahan pantainya.
Aiskrim Gula Apong tidak pernah mengecewakan sesiapa yang merasanya. |
MUKAH - Selepas Saratok kini destinasi selanjutnya di Mukah, Sarawak. Para Usahawan - Usahawan yang bergabung di bawah Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad "mengempur" bandar Mukah.
Para Anggota Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad sempat "selfie" dengan Dr Fazley dan beliau juga sempat merasa Sotong Goreng. |
Menu atau Juadah "Panas" iaitu Sotong Goreng , Aiskrim Gula Apong dan Petra Jaya Homemade Burger menjadi tarikkan para pengunjung sehingga ada yang sanggup menunggu malah ada juga yang menempah awal kerana tidak mahu ketinggalan merasai Juadah "Panas" tersebut.
Terima Kasih kepada pihak penganjur dan penyelaras Program Sejiwa Senada di Mukah kerana memberi Peluang kepada anggota Koperasi Usahawan Bumiputera Sibu Berhad untuk berniaga serta memperkenalkan produk niaga masing - masing.
0 comments:
Post a Comment