The Best In Town! Hanya dengan RM 3.00 anda boleh mendapatkan "Aiskrim Gula Apong" yang pastinya akan membuat anda sentiasa teringat malah terbayang akan kemanisan rasa sebenar 'Aiskrim'.
Setakat ini 'Aiskrim Gula Apong' berlokasi di Warung Pak Omet dimana bersebelahan dengan Hotel Paramount Sibu dan lokasi kedua adalah di "Bandung Walk".
Sebelum ini, saya tidak perasan rupanya berdekatan dengan area sini ada menjual Aiskrim yang saya rasa unik. Iaitu Aiskrim Apong.
So apa lagi, saya pun mencuba lah. Sebelum balik semula ke Semenanjung kan? Kang menyesal pula tak try. Hehehe..
Tengok ni.. Gigih benar adik comel kita ini menyediakan Aiskrim Apong,
Ini Aiskrim Apong saiz besar RM7
Aiskrim Apong saiz kecil RM3
Yummy!!! Comel kan..
Apa itu Gula Apong??
Jika Melaka popular dengan Gula Melaka maka Sarawak pula terkenal dengan gula apong, yang juga hampir menyerupai gula merah. Bezanya, gula Melaka dihasil menggunakan nira pokok kelapa, sedangkan gula apong dihasil menggunakan nira pokok nipah, yang sememangnya banyak di Sarawak.
Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang-surut dekat tepi laut, juga dikenali sebagai buyuk di Indonesia.
Di Sarawak, daun nipah juga dimanfaat secara tradisional sebagai atap, dinding, tikar kajang, topi dan aneka keranjang anyaman. Satu masa dulu di Indonesia, pucuk daun nipah muda dijadikan daun rokok dan amalan itu turut diikuti masyarakat di Sarawak.
Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan pula sangat popular sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisional masyarakat Sarawak dan ia juga dijadikan perisa bagi menambah kelazatan sesuatu makanan atau masakan.
Selain itu, gula berkenaan dipercayai mempunyai kelebihan untuk mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.
0 comments:
Post a Comment